PERAK DESTINASI PELANCONGAN
KENALI PERAK
Daerah
Manjung telah menjadi destinasi utama pelancong ke Negeri Perak di mana Pulau Pangkor dan
Teluk Batik telah menjadi tumpuan utama pelancong-pelancong dari dalam dan luar
negeri. Visi pembangunan sektor pelancongan ialah menjadikan sektor pelancongan
sebagai penyumbang utama kepada pembangunan Daerah Manjung.
Daerah
Manjung memang terkenal dengan tempat rekreasinya disebabkan lokasinya yang
terdapat di kawasan peranginan umpamanya Teluk Batik, Teluk Rubiah, Pulau
Pangkor dan lain-lain lagi. Terdapat tiga
Sukan
air atau "water sport" merupakan rekreasi yang utama di kawasan laut.
Terdapat dua Yacht Club yang sedang beroperasi di Daerah Manjung iaitu di Lumut.
Kelab-kelab tersebut adalah Perak Yacht Club dan Samudera Yacht Club.
Pantai,
laut, pulau, hasil laut, tempat bersejarah, hutan bakau, hutan bukit dan
kemudahan- kemudahan rekreasi adalah merupakan produk-produk pelancongan yang
menjadi daya tarikan utama pelancong-pelancong tempatan mahupun luar negeri
untuk datang ke Daerah Manjung yang indah ini. Diantara tempat-tempat menarik di
daerah Manjung adalah seperti berikut:-
Teluk
Batik (pantai)
Teluk
Rubiah (pantai, golf, sejarah)
Taman
Esplaned, Lumut (rekreasi)
Pasir
Panjang, Segari (pantai, pusat pembiakan penyu, memancing)
Teluk
Senangin (pantai)
Pasir
Bogak (pantai)
Teluk
Nipah (pantai)
Pantai
Puteri Dewi (pantai, resort)
Pangkor
village (pantai)
Kota
Belanda Pangkor (sejarah)
Batu
Bersurat (sejarah)
Pangkor
Laut (resort)
Pulau
Sembilan (pulau, memancing, menyelam)
Teluk
Segadas Pangkor
Jambatan
Gantung (rekreasi)
Damai
Laut Resort
Restoran
Terapong Teluk Gedong (makanan laut)
Kg.Bharu
(sukan air)
Kg.
Teluk (pertanian)
Lata
Ulu Licin Beruas (air terjun)
Muzium
Beruas (bahan sejarah)
Bukit
yang tertinggi di Daerah Manjung ialah Bukit Engku Busu di Lumut dan Bukit
Pangkor di Pulau Pangkor. Kedua-dua bukit ini adalah merupakan kawasan rekreasi
yang popular kepada pelawat atau pelancong yang berjiwa "adventurous"
disamping aktiviti "jungle-tracking". Beberapa kawasan untuk
beritirehat juga telah dibangunkan.
Untuk
meninjau tempat-tempat pelancongan di daerah ini, anda bolehlah merantau secara
maya (virtual) ke tapak-tapak laman di bawah:-